Banyak cabaran jatuh bangun yang Tuan Faizal hadapi sepanjang menguruskan perniagaannya. Tuan Faizal seringkali menghadapi kegagalan diawal permulaannya sebagai usahawan, namun asbab semangat yang gigih dan rasa tanggungjawabnya terhadap keluarga, maka Tuan Faizal tidak pernah cuba untuk mengalah dan berputus asa.
Banyak cabaran jatuh bangun yang Tuan Faizal hadapi sepanjang menguruskan perniagaannya. Tuan Faizal seringkali menghadapi kegagalan diawal permulaannya sebagai usahawan, namun asbab semangat yang gigih dan rasa tanggungjawabnya terhadap keluarga, maka Tuan Faizal tidak pernah cuba untuk mengalah dan berputus asa.
Pada Tahun 2018, bulan Oktober menjadi saksi kejatuhan jualan Tuan Faizal secara merudum selepas sambutan perayaan Aidilfitri pada tahun tersebut yang memaksa beliau untuk menutup perniagaannya bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.
Walau bagaimanapun, Tuan Faizal sedar yang beliau harus bangkit kembali dan beliau nekad untuk mengikuti seminar anjuran Richworks di Shah Alam untuk berguru dengan Datuk Wira Dr Haji Azizan Osman. Hasilnya, pada Februari 2019, Tuan Faizal bangkit semula dengan jenama barunya iaitu TREMENDOUS CAFE yang membawa visi yang lebih besar, iaitu untuk menghasil jualan RM1 Juta yang pertama.
Alhamdulillah, dalam masa kurang dari setahun, visi berkenaan berjaya dicapai dengan Izin Allah dan berkat sokongan dari ahli keluarga dan pelanggan tersayang. Tremendous Cafe berjaya menarik perhatian ramai peminat cendol dalam kalangan penduduk tempatan dan lebih 11 ribu peminat cendol dari negara jiran, Brunei Darussalam, termasuklah mendapat liputan media massa daripada Saluran RTM - Berita TV1, Berita TV-I, Astro AWANI (Lan Bedagang), Utusan Borneo Online, Sarawak Voice, LimbangFM RTM dan DagangNews.com
Pada Tahun 2020, COVID-19 datang merusuh, memberikan kesan besar kepada banyak perniagaan dan Tremendous Cafe juga turut tidak terkecuali. Hampir 70% pelanggan yang berasal dari Brunei Darussalam terpaksa terputus hubungan buat sementara waktu apabila pintu sempadan negara itu ditutup rapat akibat penularan wabak berjangkit yang berbahaya ini. Namun, hal itu tidak memutuskan semangat Tuan Faizal bersama pasukannya untuk terus bertahan dan mara. Hikmahnya, Tremendous Cafe telah berjaya melebarkan sayapnya untuk cawangan yang kedua di Miri, Sarawak pada bulan Oktober 2020.
Tuan Faizal sangat percaya untuk capai kejayaan yang besar, pasti Allah akan uji juga dengan ujian yang besar. Maka, Tuan Faizal berpegang pada konsep Man Jadda Wa Jada dan sabda dari Baginda Rasulullah SAW iaitu, “sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain”.- HR Ahmad. Setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan.
Setakat hari ini ( Januari 2025 ), seramai 26 orang belia yang menjadi peneraju kepada visi dan misi syarikat yang seterusnya. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan, memakbulkan segala hajat dan impian, diberikanNya keberkatan dan kejayaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Amin yra.